Tuesday, August 23, 2022

ขอบคุณประเทศไทย

 Hai. 

Assalamualaikum 😀

First of all, maaf sesangat take time a bit for this entry. Ramai sangat DM tepi untuk tahu prosedur & itinerari masuk ke Thailand.

Okay let's start.

First thing first before travel, WAJIB check weather kat tempat yang kita nak pergi tu. Seminggu sebelum nak pergi, hari-hari search Krabi Weather July. Sebab sebelum ni pergi timing yang lebih kurang, tapi hujan. Terbengkalai semua aktiviti. Kali ni kalau boleh nak spent time betul.



The sad news is, memang hari-hari check tarikh 14,15,16 tu  hujan okay. Masa tu macam ala jangan lah hujan. Dah semangat ni nak naik bot.
Dekat Putrajaya pun panas je waktu tu, sebab weather kita dengan Thailand macam dekat-dekat kan. Husnuzon yang mampu, nak call orang Thailand, takde kawan pulak :/

Tapi still nak proceed tarikh tu sebab tarikh penting gichew.

Haaa, malu nak sebut. Sebab nilah terpaksa redah juga walaupun hujan ke panas terik macam mana pun. Hehe.

Sebelum paijen tunjuk itinerari, basically tempat ni yang selalu paijen pergi untuk buat insuran Thailand.
Straight je sampai ke Changloon, lepastu slow-slow sikit kenderaan tu supaya tak terlepas simpang ni. Banyak je kedai tepi jalan jual insuran ni, tapi paijen selalu kat sini. Cepat, pantas, ada kedai makan kat tepi ni dan boleh isi minyak dulu sebelum perjalanan yang panjang.

Ini dokumen yang diperlukan kalau bawa kereta.

> Geran kereta (pemilik kereta ikut, kalau pemilik takda, kena ada surat aku sumpah/ surat rasmi kebenaran dari pemilik untuk orang lain bawa masuk kereta)
> Passport (wajib bawa, jangan tinggal pula 😅)

Gambar tatacara.
Yang ni flow yang kita akan lalu dan apa yang perlu diberi masa sampai check point ni.

Ada 3 form (borang) yang orang kedai tu akan isi. Kita rileks sajer. 
> TM2
> TM3
> TM6
Ni white card / TM6. 
Biar je dia dalam passport, masa check in hotel nanti pun selalunya orang hotel akan tengok.


Yang berplastik Siam Insurans ni JANGAN HILANGKAN.
Insurans ni cover selama berada di Thailand, banyak berdoa supaya tiada perkara tak diingini berlaku.

Nanti sampai dekat Imigresen Thailand, seisi kereta tu semua kena turun. Pastu dekat kaunter tu dia suruh tengok kamera. Nak tengok gambar passport tu sama ke idok dengan depan-depan. 👀

Dekat kastam Thailand pula, hanya pemandu yang turun pergi declare kereta. Bawa lah dokumen seperti dalam gambar tatacara tu.

Then..

Here we go..!

So, inilah itinerarinya. 
Gambar akan berada di bawah sekali berserta caption. 
Jemput lah baca dan tengok.
👇👇👇👇

ITINERARI 4 HARI 3 MALAM DI KRABI, HATYAI, THAILAND
14 JULAI 2022 HINGGA 17 JULAI 2022 (ROAD TRIP 850KMx2)

 

14 JULAI 2022

4.30 PAGI:           BERTOLAK DARI PUTRAJAYA KE PENANG. (ETA: 7.30 PAGI) SOLAT
                              SUBUH DI R&R TAPAH

8.30 PAGI:           STUCK IN TRAFFIC JAMMED DI NIBONG TEBAL

12.30 TGH:          SINGGAH DI CHANGLUN (INSURANS THAILAND BERSEBELAHAN
                              PETRON)

                              MAKAN TENGAHARI

1.15 PETANG:    MASUK BORDER BKH & THAILAND
                              MAKAN PETANG (KHAO PUBPA)
                              SOLAT JAMA’

7.40 MALAM:    SAMPAI DI BLUESOTEL KRABI – CHECK IN
--------------------   REHAT, SOLAT JAMA’

8.30 MALAM:     KELUAR JALAN-JALAN DI KRABI TOWN

10.30 MALAM:   BALIK HOTEL – TIDUR
 

15 JULAI 2022

7.50 PAGI:           DRIVER PICKUP AT HOTEL (PHI PHI TOUR BY SPEEDBOAT)

8.30 PAGI:           SAMPAI DI JETI AO NANG, KRABI
                        TAKLIMAT OLEH TOUR GUIDE

9.15 PAGI:           PERJALANAN KE BAMBOO ISLAND

10.00 PAGI:         FREE AND EASY

10.40 PAGI:         PERJALANAN KE MAYA BAY
                              (Leonardo DiCaprio berlakon movie ‘The Beach’ disini)

11.20 PAGI:         FREE AND EASY

12.20 TGH:          BERGERAK KE PI LEH BAY (BERGAMBAR ATAS BOT)

12.50 TGH:          SINGGAH LALU DI VIKING CAVE (TEMPAT ORANG CARI BIRD NEST)

1.20 PETANG:     SAMPAI DI TONSAI BAY
                               MAKAN TENGAHARI
                                FREE & EASY

2.20 PETANG:     BERGERAK KE LOH SAMAH BAY UNTUK AKTIVITI SNORKELING

4.10 PETANG:     BALIK KE JETI

4.30 PETANG:     BALIK HOTEL

5.10 PETANG:     MANDI KOLAM HOTEL

5.45 PETANG:     FREE & EASY (SOLAT JAMA’ ZOHOR-ASR  | MAGHRIB-ISYAK)

8.30 MALAM:     JALAN MALAM- AO NANG BEACH

11.00 MALAM:    BALIK HOTEL, TIDUR

16 JULAI 2022

9.00 PAGI:            CHECK-OUT ----- JALAN-JALAN KRABI

10.30 PAGI:          PERJALANAN KE HATYAI

9.00 MALAM:      CHECK-IN V.L HOTEL, HATYAI

--------------------------------------------------------------------------------------

17 JULAI 2022

6.30 PAGI:           NIKMATI PANORAMA PAGI

8.30 PAGI:           SARAPAN DI HAMID’S RESTAURANT HATYAI

9.30 PAGI:           JALAN-JALAN DI PEKAN HATYAI

12.00 TGH:         KELUAR DARI THAILAND

 
Itinerari dekat atas ni semua sama tau dari segi timing, tempat dan aktiviti. Okay, now nak explain satu persatu.

Tukar duit MYR to BHAT:
RM1400.00 = 11,200 BHAT

100 BHAT bersamaan > RM12.23


(MYR)
Bluesotel, Ao Nang, Krabi: (RM106 x 2 nights (tax+) = RM277.00 👍 (dah bayar sebelum ke Thai)
Phi phi island tour: KLOOK website (RM151 x 2 (tax+) = RM353.00 👍 (dah bayar sebelum ke Thai)
Minyak dalam Malaysia (Putrajaya - Bukit Kayu Hitam - Putrajaya) = RM300.00 👍
RFID | SMART TAG = RM200.00👍
Insurans Thai x 2 simcard = RM88.00 👍 (dah bayar sebelum ke Thai)
Makan dalam Malaysia (pergi-balik) = RM100.00 👍
------------------
RM1,318.00
------------------

(BHAT)
Makan 3 hari (Sarapan + Petang + Malam (Snek + Aiskrim) =  2560 BHAT
National Park (200B x 2) = 400 BHAT
Minyak 95 1L (39.99B x 2) = 2500 BHAT
Massage kaki = 250 BHAT
Baju Thai x 3 = 340 BHAT
Baju Adam = 200 BHAT
Sourvenir = 1760 BHAT
Hotel V.L Hatyai (Walk-in) = 750 BHAT
Ubatan = 220 BHAT
-----------------
  8980   BHAT
-----------------
Berbaki = 2220 BHAT (Jual di Money Exchange semula)

Anggaran duit yang telah digunakan: RM2,500+ in total.

Dah banyak menaip, jom layan gambar!

Inilah jentera yang digunakan 
PUTRAJAYA - KRABI - HATYAI - PUTRAJAYA
Total mileage: 1720km


Restoran tepi highway 'Khao Pubpa'

Rasa kesedapan makanan ni banyak dah improve, sedap, harga pun berpatutan. 
View lawa sangat.

Ni hotel dekat Krabi. Limited parking, tapi boleh je parking dekat tepi jalan.
Ikut nasib lah kalau ada kosong hehe sebab hotel ni betul-betul dalam town, jangan risau pasal makan. Banyak je stall kat tepi tu. Restoren pun banyak tapi kena pilih la 😁


Phi Phi Island trip 
Okay, nak cerita sikit. Untuk trip ni paijen booking guna website KLOOK.
1 kepala = RM147.15 x 2
Adam FOC.

Kalau walk-in dekat kedai tepi town tu memang harga mark-up teruks.
So, booking info nanti dia send dekat emel. 👇

Dia dah bagitau siap-siap timing pickup dalam jam 8.00-8.15 pagi. Kami turun dari hotel pukul 7.50 pagi, driver dah tunggu dah. Senang, dia akan drop, pickup orang lain juga. Bukan kita je yang ikut trip ni. Hehe. Dia takkan whatsapp kita tau. Alert dengan emel je.
 Jangan risau, review semua okay. Tak percaya try lah check. 😍

Adam pun happy, posing dalam coaster.

Let's goooooo!
45 minutes in the boat.


First island: Bamboo Island
Kat sini ombak kuat sikit. Main kat tepian je, sebab ada signboard amaran tsunami juga. 

Tour guide pandai ambik gambar! Gambar bertiga semua cantik kecuali Adam tak bagi kerjasama sebab matahari terpacak atas kepala.

.

Tempat lepak sambil hirup udara dengan angin sepoi-sepoi gitu

Next, kami ke Maya Bay. Pantai ni famous sebab Leonardo Di'Caprio pernah berlakon cerita 'The Beach' kat sini.
Memang cantik sangat, tapi tak digalakkan mandi kat sini, mungkin nak jaga kesucian tempat ni.


One picture for memories



Masa ni dah nak naik bot dah.
Makcik baju purple ni geram sungguh dengan Adam.
So cute makciks, jalan tengok depan okes.



Dari Maya Bay nak ke Pi Leh Lagoon mengambil masa dalam setengah jam lebih.
Kat sini memang tak turun, cuma ambik gambar kenangan je sebab view memang cantik sangat.
Nak ambik gambar pun kena tunggu turn. 

Adam memang not in the mood sebab waktu tidur dia dah ni. Plus panas sikit.
Angin sepoi-sepoi je kat perut tu kan, tak pasal orang dm tanya preggy ke tu 😆
Tapi takpe Paijen aamiinkan sajer 👉👈

Dalam 10 minit dari Pi Leh Lagoon, ada gua ni 👇

Sini lah yang orang duk cari bird nest tu. Viking Cave.
Cuma sekali lalu sajer, tak turun pun.


Next ke Tonsai Bay untuk luncheon, ada dewan makan besar. 
Makanan tengahari berbentuk buffet.
Ada spagetti, nasi putih + green curry sedap amat!
Dekat luar pun ada pondok jualan juga. Ada aiskrim, waffle, air gas, cikedis.

So, kat sini ambik masa sejam free & easy, so bagilah si kecik & ayahnya mandi laut.

Steady main pasiaq


Port wajib bergambar (bila takda orang)


Masa ni fikir nak solat tapi baju basah, so weolls tengok timing pun sempat sampai before Maghrib, so kita buat jamak ta'khir terus nanti. Nextttt ke Loh Samah Bay.

Ha ni aktiviti terakhir iaitu Snorkeling.
Ada 2 tempat untuk berendam, waktu ni suamiku risau Adam tidur dalam bot. Takut terjaga kang terjun laut pula. So, paijen sorang sajer. 
Nasib baik lah budak ni berenang area tangga bot ni. Scaryyyyy, ombak kuat masa ni. Rasa macam tertolak je masuk bawah bot. Mula teringat kisah Tang Mo, kaki dia kena kipas bot tu.
😅


So, safety guider bagi pelampung. Lega sikit boleh gerak sendiri. 
Untuk 2nd tempat snorkeling, area berdekatan juga tapi lebih luas.
Paijen ajak jugak suami turun. Bukan senang datang jauh tapi tak merasa berendam haha.
Tapi tak guna pun goggle bagai tu. Cukup hanya berendam.

Adam memang kalau dah tertidur tu, dia takkan sedar dalam masa singkat.
Plus ada makcik Thai yang dah berumur tak turun snork yang tolong tengok-tengok kan dia.



So, berakhirlah aktiviti seharian.


Adam pun dah bangun, masa otw balik, hujan turun selebat-lebat.
Sampai di jeti, hujan seriyat. 

\
Pergi naik coaster, balik berpeluang naik Tuktuk. 

Disebabkan Adam tak mandi laut sangat, sampai je hotel, terus mandi kolam
Layanz dalam 20 minit

Pancake wajib makan di Thailand!



Ais krim Gulung.
Diperbuat dari susu. Yumm!




Hotel last minutes booking di Hatyai.
Actually rate harga kalau booking online jauh lebih murah.
Tapi sebab walk-in sajer, tak boleh pay at hotel pulak tu.
So, mahal sikit. Hotel betul-betul kat simpang 4.View dari hotel memang lawa.
Oklah, untuk lelap mata dan rehatkan badan.
Plus dekat sangat kedai-kedai tu. Weols check-out pagi dalam pukul 7 lebih sebab kalau boleh nak keluar Thai sebelum tengahari. 



Nampak ais krim ni, memang terus order. 
Love sangat 💕

Actually gambar banyak sangat dalam galeri, tapi paijen upload yang penting sajer.

Hopefully cuols suka entry kali ni.

See you on the next post -




Saturday, September 5, 2020

Welcome To the World ادم

Hai semua yang sudi membaca blog paijen ni. 

Harini paijen nak share detik-detik kelahiran seorang anak Adam ke dunia yang sementara ini.  


Nak kata lama tu, boleh gagah jugak nak tunggu bukaan selepas 2cm.


5/6/2020 - Paijen sempatlah melantak bihun kuah laksa sebelum kelahiran ادم. Sempat berjalan dan bergambar sempena 38 minggu ادم dalam perut Paijen. Tanda-tanda rasa kelahiran ادم ada keluar seakan darah dan Contraction sahaja. 2-3 malam sebelum surrender sebab sakit sangat sampai tak boleh tidur langsung, Paijen memang ada buat senaman sikit-sikit konon nak mempermudah bukaan. *Memang betul terbuka jalannya 😂




6/6/2020 (11 malam sampai ke pagi) - Tidur sekejap sampai midnight lepastu langsung tak tidur. Contraction bertimpa-timpa. Mata ni asyik tengok jam dinding. Download apps Contraction utk elak false Contraction. Tapi rasa sakit tu sistematik dan konsisten. Ini bukan lagi false contraction. Tapi Paijen try buat taktahu. *Padahal sebenarnya takut nak pergi hospital dulu 😂

Tengah malam tu memang Paijen berjalan mundar mandir ke sana kesini satu rumah pada jam yg sebenarnya semua orang sedang diulit mimpi termasuk suamiku, sampailah ke pagi, terus mandi dan solat Subuh. Barang semua dah packing siap. Terus kejut suami. Chalooo laa dah tak tahan sangat, kita pergi hospital dulu check bukaan. Kelam kabut dia bangun dan terus mandi.

7/6/2020 (9.30 pagi) - Sampai je Hospital Putrajaya, suami cari parking sementara Paijen masuk dewan bersalin dulu untuk register. Nurse tanya, kenapa datang? Paijen cakap lah, rasa Contraction semalam, tak boleh tidur. Nurse tanya lagi, kenapa tak datang semalam? Time tu memang jawab spontan, tak mau kacau nurse malam-malam 😂 tergelak nurse kat situ. Bagus betul fikir tak nak kacau orang. Masa tu macam dah lega sikit, nurse kat sini okay. Dia tanya pasal barang baby semua dah bawak ke, kalau bukaan baru 1cm kena balik dulu. So, kita ok jelah. Paijen pun tunggu dalam bilik menunggu. Sesambil tu memang terasa lah contraction tu sekejap-sekejap datang, nurse pulak pasang CTG dekat perut. Errr memang tak selesa. 15 minit tu sangat lama. Graf jantung ادم pula tak cantik. Maka, 15 minit jadi setengah jam 😩 barulah doktor yg nak check tu masuk bilik. Lepas check, bukaan 2cm sudah. 

Paijen pun inform suami, dah kena warded ni sebab 2cm. Berlakulah drama air mata sekejap sebab masa begitu cepat. Dekat dalam nanti tak tahu berapa lama. Minta maaf kat suami untuk semua salah silap. Dan berpisahlah selepas itu.

Paijen terus ditolak dgn wheelchair oleh nurse bertugas ke ward 4A, paijen dapat bilik berdua sebab bilik berempat dan berenam penuh. Tapi katil sebelah tu kosong. Dapat baju pink terus kena tukar. Masa tu mata memang rabak teruk. Nasib pakai mask orang tak nampak 😂 dipendekkan cerita lagi, nurse sekejap datang pasang CTG utk tengok graf jantung ادم. Contraction yang memang konsisten sakit buat Paijen tak boleh bergerak kemana-mana. Paijen cuba bangun jalan itik, goyang-goyang sikit untuk mempercepat bukaan, tapi bertambah sakit.  Dah buka lagu Chammak Chalo, semua lagu hindi lah sambil menari duduk, tapi tak jadi apa.

Tukar channel pula, tengok cerita Mr. Bean utk feel rasa kelakar tapi disebabkan sakit 3-4 kali lebih dari senggugut, Paijen ambik keputusan utk tidur sajer.

Bangun untuk buang air dan solat. Lepastu tidur balik, suami whatsapp pun memang paijen dah takde mood nak reply. Bila tidur tu rasa lega sikit. 2cm nak ke 3cm memang lambat rasanya sebab paijen tak bergerak. Hanya menunggu bukaan tu normally. Tak lama lepastu, doktor datang lagi check bukaan dah 4cm. Dia kata belum boleh hantar labour room lagi sebab penuh. Aaa jenuh lah nak tunggu. Lama bukaan di 4cm, sampai mereka datang lagi untuk besarkan bukaan guna mulut itik dan pecahkan air ketuban. Hmm kita ni dahlah jenis penakut, ngeri betul bila teringat😌 Tapi redha dan layan sajalah, yang penting baby selamat.

Makanan pagi dan tengahari langsung tak terjamah. Paijen nampak je kakak tu masuk letak makanan. Tapi tak terdaya nak bangun, sebab dah muntah 2x. So, tidur lebih baik. Suami call beli bubur mcD dan air kelapa. Paijen 🔛 je, mak guard naik atas hantar. Makan sikit je tak lalu.

Jam 6.30 petang. Tiba-tiba nurse datang cakap, ‘Jom turun labour room, bawak lah makanan apa-apa.’ Paijen pun bawaklah sebiji buah kelapa yg suami bagi tadi. Sampai je labour room, tukar pula baju lain. Nurse pun tanya, ‘Awak dah makan ke, awak bawak buah kelapa ni kenapa? Tak pernah dibuat orang buah kelapa bawak masuk labour room 😂 So, Paijen pun bagitaulah tak makan apa lagi, tak lalu. Nurse pun buatkan air milo dan biskut. Dia tak bagi minum air kelapa tu takut suami ada baca-baca ayat selusuh. Haha masalahnya nak buat air selusuh pun tak sempat.

9 malam (7/6/2020) - Jam dinding betul-betul tepat di depan katil Paijen berbaring. Waktu macam ni dah taktahu dan sedar sekarang ni siang ke malam. Air ketuban dah keluar tadi. Perut pun makin lama makin mengecil tinggal ادم je. Suami masih tanya belum bersalin lagi ke 😂 Memang ادم belum nak keluar lagi. Contraction pun boleh-boleh layan lagi masa ni. Nurse bagitau doktor ada 3 orang dan semua busy, ramai pula nak beranak harini. Dan katanya anak first memang lambat sikit selalunya, dia suruh rileks dulu. Pasang lagi CTG kat perut. Fuh yg ni memang tak tahan.

11 malam (7/6/2020) - Doa Nabi Yunus

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ tak lekang dari mulut Paijen setiap kali Contraction datang menyapa. Doktor masuk pula check laluan, 6cm. Lambat lagi ni katanya, dalam 5 pagi esok baru beranak 😩 Dia kata air ketuban belum pecah sepenuhnya. Paijen nampak dia ambik lagi bendalah panjang tu haha. Disebabkan air ketuban dah dipecahkan, nurse pun sumbat saluran kencing dan spray ubat berak. Lepastu suruh Paijen tidur sebab takut nanti takda tenaga. Nak tidur macam mana tak selesa langsung, contraction makin lama makin sakit. Sakit sangat. Kali ni memang dah tak boleh bergerak, pegang jela besi katil tu. Lantaklah graf tak cantik ke apa, memang tak tahan duduk statik je. Battery fon adalah setengah lagi, Paijen pasang ayat Quran. Barulah tenang sikit.

1 pagi (8/6/2020) - Tiba-tiba perut menggerodak. Rasa nak membuang sangat-sangat. Mcm sembelit teruk. Macam nak keluar dah. Paijen panggil nurse. Semua tak dengar 😩 Still cuba bertahan. Takkan ادم dah nak keluar ni. Sekejap dulu. Sabar, belum pukul 5 lagi. Paijen pun guna teknik pernafasan yg dah belajar di Youtube. Tak membantu, tapi boleh la melegakan. Nurse ada bagi oksigen kat sebelah, Paijen tak reti nak sedut so langsung tak berguna.

2 pagi (8/6/2021) - Nak dekat sejam tahan sakit, nurse pun masuk. Paijen pun bagitau, dah sakit ni. Rasa nak membuang sangat ni. Macam mana? Nurse cakap teran je, takpe. Paijen seganlah takut terkeluar benda yang tak patut nanti tak ke busuk kat situ. Tak lama lepas tu. Doktor pun masuk.

— 3.15 pagi (8/6/2020) - Check bukaan 8cm. Patutlah sakit sangat rasanya, sakit nak membuang dan sakit contraction bergabung! Doktor cepat-cepat suruh nurse siapkan semua peralatan. Sambil tu doktor terangkan, masa teran tu dekat bawah bukan di mulut. Jangan menjerit, jangan angkat punggung. Teran sekuat hati masa contraction datang. Paijen angguk faham, dan bagitau juga mereka ajar saya. Saya sorang je ni. Takut.

Mereka pun, ok kita cuba dulu. Teran. Paijen pun teran tanpa keluarkan suara pun. Doktor cakap, teran lagi sesungguh sampai bunyi grrr tu. Oo ok baru tahu. Masa tu doktor check bukaan dah 10cm. Ok teran, 1 kali 2 kali. Nampak kepala keluar. Kali ke 3, puppp keluar sudah baby ادم  jam 3.35 pagi 🤲🏻😄 Alhamdulillah..!

Paijen nampak sipi je, doktor tak letak kat dada pun. Perkara pertama keluar dari mulut paijen, rambut dia keriting tak? 🤣 Sakit serta merta hilang. Nurse dan doktor ucap tahniah. Alhamdulillah, 3.37kg ادم ظفري. Perut Paijen kecik je masa pregnant dulu. Then, call suami cakap dah bersalin. Hahahaha 5 minit je suami drive dari rumah ke Hospital Putrajaya. Selalunya dlm 10-15 minit. Sakit kena jahit dan sakit seluk sebelum keluar Hospital tu biarlah menjadi cerita peribadi. Ngeri ~ 

Ok done cerita bersalin.

Gambar & moment yg tak boleh dilupakan.
👇👇👇

Boleh senyum lagi sebab baru check-in kan haha, Contraction belum menggila lagi.
One for memories





Baru check-out dari hospital. Keluar dah seketul ni.


 Masa ni sedih sangat. Ada baby yang menangis, ada yang tidur. Kena ambik darah banyak kali di tangan, tutup mata macam ni. ادم rambut lebat, then ada anak rambut. Seal pakai selotep je so masa nak buka dan kena tarik tu kesian dia. 😫 Baru tidur dengan dia semalaman, esok tu dah kena hantar Hospital balik sebab kuning tinggi. Rasa nak meroyan. Belum setiap hari kena pergi klinik ambik darah lagi nak check kuning tu. Hopefully adik-adik ادم nanti semua ok.



So, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. More to come insyaAllah!

Friday, January 31, 2020

RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum. 


Harini nak cerita full pasal rumah pertama tapi without any specific pasal apa-apa bayaran ya. 

So, dapat call untuk terima tawaran rumah bulan 9 tahun lepas (2019). Pihak Perbadanan Putrajaya minta datang ke sana untuk ambil surat tawaran. Dekat portal pula, kena klik setuju terima dan print out. Dapatkan sign ketua Jabatan, berserta surat iringan Ketua Jabatan, dokumen sokongan (I/C, slip gaji), nanti ada senarai semak sekali, jadi boleh terus tick apa yang dah settle dan yang belum. Untuk loan, boleh guna LPPSA (untuk penjawat awam) dan boleh juga guna Personal loan gabung suami isteri. Tetapi saya pilih LPPSA, lebih mudah sebab tolak dari slip gaji. Pihak Perbadanan akan berikan lawyer terbaik yang akan uruskan hal rumah. Dalam masa terdekat, lawyer akan call. 

3-4 hari lepas tu, lawyer contact kita untuk tanya bila free untuk sign S&P. Terus bagitau dia secepat mungkin. Alhamdulillah awal bulan 10, lawyer datang office dan terangkan semua pasal S&P. Lepas betul-betul faham baru sign setiap helaian tu, tebal juga dan ada 3 salinan.

Oh ya, lupa nak update pasal kuarters yang sepatutnya dah kena keluar bulan 10, tapi terpaksa lanjutkan lagi 2 bulan dengan pertambahan fee. Kira macam sewa lah. Kita onz saja sebab betul-betul terdesak sementara tunggu proses semua. Dapat duduk lagi sampai 31 Januari 2020.

Seingat paijen juga, urusan rumah ni selain berurusan dengan lawyer, ada juga paijen berurusan dengan developer atau pemaju. Siap buat Surat Rayuan untuk dapat kunci awal sebab nak masukkan barang sikit-sikit atas saranan lawyer juga tapi dia dah bagitau awal tiada jaminan. But it's okay, tidak salah mencuba. Jadi, tuntasnya, pemaju tak bagi kunci dulu. Kalau boleh kita kena sentiasa tanya supaya kita still up-to-date. Kalau kita diam, mereka juga diam.

Seminggu lepas sign S&P, LPPSA pun dah terima semua dokumen sokongan paijen. Alhamdulillah, kena tunggu lagi 2 minggu untuk kelulusan LPPSA. Sementara tunggu kelulusan tu, paijen emel rasmi kepada pemaju untuk view rumah dalam masa terdekat, Jadi pemaju pun bagi tarikh dan masa. Dalam 5 hari lepas tu, pergi view rumah. Kena check setiap inci rumah. Sebab kalau dah masuk nanti, tak boleh tukar dah. 
All seems so good. Tak sabar nak duduk sebenarnya. Tambahan baru tahu, ada malaikat kecil dalam perut masa ni. Rezeki anak..!



Sebulan lepas tu barulah loan LPPSA lulus. Dan kena jumpa lawyer lagi sekali untuk sign SPA untuk stamping pula, baru boleh submit kepada LPPSA.
Jadi, lepas dah sign semua, ada beberapa step lagi yang belum selesai. (seperti gambar dibawah)



Untuk step 1-5 mengambil masa almost sebulan lebih. Memang dah follow-up sehabis baik. Urusan rumah ni settle selepas balik dari Umrah. Memang berdoa sangat semoga Allah permudahkan urusan dan alhamdulillah awal bulan Januari, balik sahaja dari Umrah, terus follow-up dengan lawyer, dan LPPSA pun hantar emel loan disburse. Tinggal urusan dengan pemaju untuk kunci rumah. 
 


Tarikh: 16 Januari 2020 adalah hari pertama duduk di rumah sendiri. 

Sebab dah rasa seronok duduk rumah tinggi, memang cari rumah apartment juga. 
1000 sqft
3 bilik, 2 bilik air

Apa yang boleh disimpulkan kalau ada yang tanya, agak-agak berapa lama proses ni selesai?

Bulan 9 - Dapat tawaran rumah
Bulan 10 - Sign S&P
Bulan 11 - Loan lulus
Bulan 1 - LPPSA disburse loan

Ni rasanya paling laju kot dalam 5 bulan sahaja. Dan paling penting kena sentiasa follow-up tau
(dah banyak kali ulang kot) Dan kena banyak bersabar. 

Dan syukur seadanya. Semua yang paijen miliki ini rezeki dari Allah. Dan rezeki anak ini. Terima kasih untuk keluarga, dan keluarga mertua yang terlalu banyak membantu dalam urusan rumah ini.
  


Jumpa lagi di post yang lain.








 
 

 

PitaPata Cat tickers