Friday, January 31, 2020

RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum. 


Harini nak cerita full pasal rumah pertama tapi without any specific pasal apa-apa bayaran ya. 

So, dapat call untuk terima tawaran rumah bulan 9 tahun lepas (2019). Pihak Perbadanan Putrajaya minta datang ke sana untuk ambil surat tawaran. Dekat portal pula, kena klik setuju terima dan print out. Dapatkan sign ketua Jabatan, berserta surat iringan Ketua Jabatan, dokumen sokongan (I/C, slip gaji), nanti ada senarai semak sekali, jadi boleh terus tick apa yang dah settle dan yang belum. Untuk loan, boleh guna LPPSA (untuk penjawat awam) dan boleh juga guna Personal loan gabung suami isteri. Tetapi saya pilih LPPSA, lebih mudah sebab tolak dari slip gaji. Pihak Perbadanan akan berikan lawyer terbaik yang akan uruskan hal rumah. Dalam masa terdekat, lawyer akan call. 

3-4 hari lepas tu, lawyer contact kita untuk tanya bila free untuk sign S&P. Terus bagitau dia secepat mungkin. Alhamdulillah awal bulan 10, lawyer datang office dan terangkan semua pasal S&P. Lepas betul-betul faham baru sign setiap helaian tu, tebal juga dan ada 3 salinan.

Oh ya, lupa nak update pasal kuarters yang sepatutnya dah kena keluar bulan 10, tapi terpaksa lanjutkan lagi 2 bulan dengan pertambahan fee. Kira macam sewa lah. Kita onz saja sebab betul-betul terdesak sementara tunggu proses semua. Dapat duduk lagi sampai 31 Januari 2020.

Seingat paijen juga, urusan rumah ni selain berurusan dengan lawyer, ada juga paijen berurusan dengan developer atau pemaju. Siap buat Surat Rayuan untuk dapat kunci awal sebab nak masukkan barang sikit-sikit atas saranan lawyer juga tapi dia dah bagitau awal tiada jaminan. But it's okay, tidak salah mencuba. Jadi, tuntasnya, pemaju tak bagi kunci dulu. Kalau boleh kita kena sentiasa tanya supaya kita still up-to-date. Kalau kita diam, mereka juga diam.

Seminggu lepas sign S&P, LPPSA pun dah terima semua dokumen sokongan paijen. Alhamdulillah, kena tunggu lagi 2 minggu untuk kelulusan LPPSA. Sementara tunggu kelulusan tu, paijen emel rasmi kepada pemaju untuk view rumah dalam masa terdekat, Jadi pemaju pun bagi tarikh dan masa. Dalam 5 hari lepas tu, pergi view rumah. Kena check setiap inci rumah. Sebab kalau dah masuk nanti, tak boleh tukar dah. 
All seems so good. Tak sabar nak duduk sebenarnya. Tambahan baru tahu, ada malaikat kecil dalam perut masa ni. Rezeki anak..!



Sebulan lepas tu barulah loan LPPSA lulus. Dan kena jumpa lawyer lagi sekali untuk sign SPA untuk stamping pula, baru boleh submit kepada LPPSA.
Jadi, lepas dah sign semua, ada beberapa step lagi yang belum selesai. (seperti gambar dibawah)



Untuk step 1-5 mengambil masa almost sebulan lebih. Memang dah follow-up sehabis baik. Urusan rumah ni settle selepas balik dari Umrah. Memang berdoa sangat semoga Allah permudahkan urusan dan alhamdulillah awal bulan Januari, balik sahaja dari Umrah, terus follow-up dengan lawyer, dan LPPSA pun hantar emel loan disburse. Tinggal urusan dengan pemaju untuk kunci rumah. 
 


Tarikh: 16 Januari 2020 adalah hari pertama duduk di rumah sendiri. 

Sebab dah rasa seronok duduk rumah tinggi, memang cari rumah apartment juga. 
1000 sqft
3 bilik, 2 bilik air

Apa yang boleh disimpulkan kalau ada yang tanya, agak-agak berapa lama proses ni selesai?

Bulan 9 - Dapat tawaran rumah
Bulan 10 - Sign S&P
Bulan 11 - Loan lulus
Bulan 1 - LPPSA disburse loan

Ni rasanya paling laju kot dalam 5 bulan sahaja. Dan paling penting kena sentiasa follow-up tau
(dah banyak kali ulang kot) Dan kena banyak bersabar. 

Dan syukur seadanya. Semua yang paijen miliki ini rezeki dari Allah. Dan rezeki anak ini. Terima kasih untuk keluarga, dan keluarga mertua yang terlalu banyak membantu dalam urusan rumah ini.
  


Jumpa lagi di post yang lain.








 
 

 

No comments:

PitaPata Cat tickers