Hai semua yang sudi membaca blog paijen ni.
Harini paijen nak share detik-detik kelahiran seorang anak Adam ke dunia yang sementara ini.
Nak kata lama tu, boleh gagah jugak nak tunggu bukaan selepas 2cm.
5/6/2020 - Paijen sempatlah melantak bihun kuah laksa sebelum kelahiran ادم. Sempat berjalan dan bergambar sempena 38 minggu ادم dalam perut Paijen. Tanda-tanda rasa kelahiran ادم ada keluar seakan darah dan Contraction sahaja. 2-3 malam sebelum surrender sebab sakit sangat sampai tak boleh tidur langsung, Paijen memang ada buat senaman sikit-sikit konon nak mempermudah bukaan. *Memang betul terbuka jalannya 😂
6/6/2020 (11 malam sampai ke pagi) - Tidur sekejap sampai midnight lepastu langsung tak tidur. Contraction bertimpa-timpa. Mata ni asyik tengok jam dinding. Download apps Contraction utk elak false Contraction. Tapi rasa sakit tu sistematik dan konsisten. Ini bukan lagi false contraction. Tapi Paijen try buat taktahu. *Padahal sebenarnya takut nak pergi hospital dulu 😂
Tengah malam tu memang Paijen berjalan mundar mandir ke sana kesini satu rumah pada jam yg sebenarnya semua orang sedang diulit mimpi termasuk suamiku, sampailah ke pagi, terus mandi dan solat Subuh. Barang semua dah packing siap. Terus kejut suami. Chalooo laa dah tak tahan sangat, kita pergi hospital dulu check bukaan. Kelam kabut dia bangun dan terus mandi.
7/6/2020 (9.30 pagi) - Sampai je Hospital Putrajaya, suami cari parking sementara Paijen masuk dewan bersalin dulu untuk register. Nurse tanya, kenapa datang? Paijen cakap lah, rasa Contraction semalam, tak boleh tidur. Nurse tanya lagi, kenapa tak datang semalam? Time tu memang jawab spontan, tak mau kacau nurse malam-malam 😂 tergelak nurse kat situ. Bagus betul fikir tak nak kacau orang. Masa tu macam dah lega sikit, nurse kat sini okay. Dia tanya pasal barang baby semua dah bawak ke, kalau bukaan baru 1cm kena balik dulu. So, kita ok jelah. Paijen pun tunggu dalam bilik menunggu. Sesambil tu memang terasa lah contraction tu sekejap-sekejap datang, nurse pulak pasang CTG dekat perut. Errr memang tak selesa. 15 minit tu sangat lama. Graf jantung ادم pula tak cantik. Maka, 15 minit jadi setengah jam 😩 barulah doktor yg nak check tu masuk bilik. Lepas check, bukaan 2cm sudah.
Paijen pun inform suami, dah kena warded ni sebab 2cm. Berlakulah drama air mata sekejap sebab masa begitu cepat. Dekat dalam nanti tak tahu berapa lama. Minta maaf kat suami untuk semua salah silap. Dan berpisahlah selepas itu.
Paijen terus ditolak dgn wheelchair oleh nurse bertugas ke ward 4A, paijen dapat bilik berdua sebab bilik berempat dan berenam penuh. Tapi katil sebelah tu kosong. Dapat baju pink terus kena tukar. Masa tu mata memang rabak teruk. Nasib pakai mask orang tak nampak 😂 dipendekkan cerita lagi, nurse sekejap datang pasang CTG utk tengok graf jantung ادم. Contraction yang memang konsisten sakit buat Paijen tak boleh bergerak kemana-mana. Paijen cuba bangun jalan itik, goyang-goyang sikit untuk mempercepat bukaan, tapi bertambah sakit. Dah buka lagu Chammak Chalo, semua lagu hindi lah sambil menari duduk, tapi tak jadi apa.
Tukar channel pula, tengok cerita Mr. Bean utk feel rasa kelakar tapi disebabkan sakit 3-4 kali lebih dari senggugut, Paijen ambik keputusan utk tidur sajer.
Bangun untuk buang air dan solat. Lepastu tidur balik, suami whatsapp pun memang paijen dah takde mood nak reply. Bila tidur tu rasa lega sikit. 2cm nak ke 3cm memang lambat rasanya sebab paijen tak bergerak. Hanya menunggu bukaan tu normally. Tak lama lepastu, doktor datang lagi check bukaan dah 4cm. Dia kata belum boleh hantar labour room lagi sebab penuh. Aaa jenuh lah nak tunggu. Lama bukaan di 4cm, sampai mereka datang lagi untuk besarkan bukaan guna mulut itik dan pecahkan air ketuban. Hmm kita ni dahlah jenis penakut, ngeri betul bila teringat😌 Tapi redha dan layan sajalah, yang penting baby selamat.
Makanan pagi dan tengahari langsung tak terjamah. Paijen nampak je kakak tu masuk letak makanan. Tapi tak terdaya nak bangun, sebab dah muntah 2x. So, tidur lebih baik. Suami call beli bubur mcD dan air kelapa. Paijen 🔛 je, mak guard naik atas hantar. Makan sikit je tak lalu.
Jam 6.30 petang. Tiba-tiba nurse datang cakap, ‘Jom turun labour room, bawak lah makanan apa-apa.’ Paijen pun bawaklah sebiji buah kelapa yg suami bagi tadi. Sampai je labour room, tukar pula baju lain. Nurse pun tanya, ‘Awak dah makan ke, awak bawak buah kelapa ni kenapa? Tak pernah dibuat orang buah kelapa bawak masuk labour room 😂 So, Paijen pun bagitaulah tak makan apa lagi, tak lalu. Nurse pun buatkan air milo dan biskut. Dia tak bagi minum air kelapa tu takut suami ada baca-baca ayat selusuh. Haha masalahnya nak buat air selusuh pun tak sempat.
9 malam (7/6/2020) - Jam dinding betul-betul tepat di depan katil Paijen berbaring. Waktu macam ni dah taktahu dan sedar sekarang ni siang ke malam. Air ketuban dah keluar tadi. Perut pun makin lama makin mengecil tinggal ادم je. Suami masih tanya belum bersalin lagi ke 😂 Memang ادم belum nak keluar lagi. Contraction pun boleh-boleh layan lagi masa ni. Nurse bagitau doktor ada 3 orang dan semua busy, ramai pula nak beranak harini. Dan katanya anak first memang lambat sikit selalunya, dia suruh rileks dulu. Pasang lagi CTG kat perut. Fuh yg ni memang tak tahan.
11 malam (7/6/2020) - Doa Nabi Yunus
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ tak lekang dari mulut Paijen setiap kali Contraction datang menyapa. Doktor masuk pula check laluan, 6cm. Lambat lagi ni katanya, dalam 5 pagi esok baru beranak 😩 Dia kata air ketuban belum pecah sepenuhnya. Paijen nampak dia ambik lagi bendalah panjang tu haha. Disebabkan air ketuban dah dipecahkan, nurse pun sumbat saluran kencing dan spray ubat berak. Lepastu suruh Paijen tidur sebab takut nanti takda tenaga. Nak tidur macam mana tak selesa langsung, contraction makin lama makin sakit. Sakit sangat. Kali ni memang dah tak boleh bergerak, pegang jela besi katil tu. Lantaklah graf tak cantik ke apa, memang tak tahan duduk statik je. Battery fon adalah setengah lagi, Paijen pasang ayat Quran. Barulah tenang sikit.
1 pagi (8/6/2020) - Tiba-tiba perut menggerodak. Rasa nak membuang sangat-sangat. Mcm sembelit teruk. Macam nak keluar dah. Paijen panggil nurse. Semua tak dengar 😩 Still cuba bertahan. Takkan ادم dah nak keluar ni. Sekejap dulu. Sabar, belum pukul 5 lagi. Paijen pun guna teknik pernafasan yg dah belajar di Youtube. Tak membantu, tapi boleh la melegakan. Nurse ada bagi oksigen kat sebelah, Paijen tak reti nak sedut so langsung tak berguna.
2 pagi (8/6/2021) - Nak dekat sejam tahan sakit, nurse pun masuk. Paijen pun bagitau, dah sakit ni. Rasa nak membuang sangat ni. Macam mana? Nurse cakap teran je, takpe. Paijen seganlah takut terkeluar benda yang tak patut nanti tak ke busuk kat situ. Tak lama lepas tu. Doktor pun masuk.
— 3.15 pagi (8/6/2020) - Check bukaan 8cm. Patutlah sakit sangat rasanya, sakit nak membuang dan sakit contraction bergabung! Doktor cepat-cepat suruh nurse siapkan semua peralatan. Sambil tu doktor terangkan, masa teran tu dekat bawah bukan di mulut. Jangan menjerit, jangan angkat punggung. Teran sekuat hati masa contraction datang. Paijen angguk faham, dan bagitau juga mereka ajar saya. Saya sorang je ni. Takut.
Mereka pun, ok kita cuba dulu. Teran. Paijen pun teran tanpa keluarkan suara pun. Doktor cakap, teran lagi sesungguh sampai bunyi grrr tu. Oo ok baru tahu. Masa tu doktor check bukaan dah 10cm. Ok teran, 1 kali 2 kali. Nampak kepala keluar. Kali ke 3, puppp keluar sudah baby ادم jam 3.35 pagi 🤲🏻😄 Alhamdulillah..!
Paijen nampak sipi je, doktor tak letak kat dada pun. Perkara pertama keluar dari mulut paijen, rambut dia keriting tak? 🤣 Sakit serta merta hilang. Nurse dan doktor ucap tahniah. Alhamdulillah, 3.37kg ادم ظفري. Perut Paijen kecik je masa pregnant dulu. Then, call suami cakap dah bersalin. Hahahaha 5 minit je suami drive dari rumah ke Hospital Putrajaya. Selalunya dlm 10-15 minit. Sakit kena jahit dan sakit seluk sebelum keluar Hospital tu biarlah menjadi cerita peribadi. Ngeri ~
Ok done cerita bersalin.
Gambar & moment yg tak boleh dilupakan.
👇👇👇
Baru check-out dari hospital. Keluar dah seketul ni.
Masa ni sedih sangat. Ada baby yang menangis, ada yang tidur. Kena ambik darah banyak kali di tangan, tutup mata macam ni. ادم rambut lebat, then ada anak rambut. Seal pakai selotep je so masa nak buka dan kena tarik tu kesian dia. 😫 Baru tidur dengan dia semalaman, esok tu dah kena hantar Hospital balik sebab kuning tinggi. Rasa nak meroyan. Belum setiap hari kena pergi klinik ambik darah lagi nak check kuning tu. Hopefully adik-adik ادم nanti semua ok.
So, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. More to come insyaAllah!
No comments:
Post a Comment