Wednesday, September 27, 2017

#NadiaSarungCincin

Assalamualaikum

Macam best sangat tajuk kali ini. Siap ada hashtag!

Dari bulan Mac, tiba-tiba tergerak hati bercakap pasal merisik. Tapi Dz kata, tunggu bulan 5, tak tahu lah kenapa kan. Paijen sebagai perempuan yang berfikiran jauh, mulalah fikir, dia ni ada orang lain ke kang tetiba bulan 5 pass kad kahwin hahaha. So tunggu punya tunggu, ingat nak buat biasa-biasa sajalah, panggil keluarga terdekat dan cuma keluarga dia saja.


    So, the date of our official engagement decided on 23rd September


Rezeki bulan 7 dapat panggilan interview SPA untuk jawatan Setiausaha tapi tarikhnya 25 September. Kira 2 hari selepas sarung cincin. Lagi lah berharap semoga ini rezeki kahwin. Memang kena sangatlah jawatan tu dengan apa yang dipelajari masa dekat Politeknik dulu.
Alhamdulillah.

September yang ditunggu pun tiba. Seminggu sebelum sarung cincin Dz cakap taknak datang. Konon macam tak perlu datanglah. Okay kita percaya saja benda tu. Kang nanti tup-tup ada depan mata. 

So, pada hari kejadian tu, majlis jadi lewat sikit. Katanya keluarga dia nak sampai pagi, tiba-tiba jadi tengahari sampai nak ke petang tak sampai lagi. Haha, takkan sesat kot. Masa tu macam fikir dia tak ikut kan, kita pun bagi lah siap-siap location rumah kat bakal ibu mertua.
Family paijen semua dah macam, "tak jadi mai kot". 
Dz pun tak reply message. Hati dah fikir macam-macam.
Tiba-tiba dia call, dah sampai. Terus je berdebar teruk! Sebab bukan selalu jumpa keluarga dia.
So, paklang yang urus berkaitan hal nikah-kahwin, hantaran semua. Dibantu oleh pak ndak, makndak, tok dan mama. 

Masa awal perbincangan tu, paijen dalam bilik. Macam-macam rasa ada. Lepas semua dah habis bincang, baru paijen dipanggil keluar.
So, nampaklah ada ibu, ayah, adik, kakak sulung dia dan suami. Dia pun ada jugak. Kan dah cakap :'/

So, here some pictures taken on that day. Thank you to mama, kakak, abg ipar, all family members and my cousin for made it success!

Tada! Someone's belonging

Menggigil teruk masa ni. First time :>

Dalam perbincangan keluarga lelaki-perempuan

Orang kuat majlis


Keluarga Dz


Two family united!

Alhamdulillah, semua lancar.

Terima kasih Allah.


No comments:

PitaPata Cat tickers