Friday, May 12, 2017

Travel Turkey 2017

Assalamualaikum & Hi,

Disebabkan ramai sangat tanya how much money I expend during travel in Turkey, so harini saya akan share one by one. 

1. TARGET
- You need to know your target and budget for this trip. Macam paijen, wishlist 2017 nak travel dengan mama before kawin. Turki is a last minutes decision. Tapi memang menjadi tempat kedua yang saya nak pergi. Bulan 2 baru decide and book, awal bulan 5 dah gerak. 

2. KUMPUL DUIT
- Yang ni ramai tanya macam mana nak kumpul duit. Asyik memboros je. Haha, paijen juga seorang pemboros. Tapi, percayalah bila kita dah ada no. 1 tu, kita akan rasa better beli keperluan dari keinginan. Ikutkan hati macam-macam nak beli! Paijen memang ada simpanan sendiri. Tapi, boleh kata tiap-tiap bulan tu kena ada target juga apa yang nak beli. Before pergi Turki, telefon bermasalah pula. Jadi, paijen simpan duit untuk beli Iphone. Nak pergi sana, kamera takde. So mesti nak gambar cantik. Dapat Iphone dan teruskan kumpul duit lagi. Tiap bulan bagi RM900/RM1000 kat mama. Takut terguna. Nak travel punya pasal. 

3. TRAVEL AGENT
- Saya pilih Poto Travel Sdn. Bhd. sebab marketing di website nampak sangat menarik. Penggunaan gambar, dengan harga (*for me its very reasonable and affordable) buat kita rasa macam tak sabar nak pergi holiday! Then, paijen selalu lah tengok website Poto Travel ni, apa yang menarik dan negara mana yang dilawati. Tup, nampak Turki, Early Bird discounts untuk travel bulan 5. Apa lagi. Masa tu harganya RM4899.00. Bagi paijen, berbaloi sebab lawat banyak tempat dalam tempoh 10H 8M, seperti: (Istanbul-Bursa-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Bolu) Serius talk, travel guider dia sangat best dan semua tempat tinggal yang kami duduk tu 4-5 star. Tapi totally macam 5 star. Bilik berdua pun macam 7-8 orang boleh duduk. Dan disebabkan paijen book early bird dan masa tu tengah promo Matta Fair, dapat discount sampai RM4099.00 seorang. Sangat berbaloi. Harga ni belum termasuk insurans okay. Tapi insurans kena tambah dalam RM82.00 sahaja seorang. The best thing is harga ni belum termasuk tiket etc dan perbelanjaan diri sendiri. (*menangis) So standby ribu riban sikit. Hehe.


4. EXPENSES
- Okay, paijen tukar RM1500 kepada USD. So, adalah dalam USD380.
* Belon panas Cappadocia - USD200 (RM835)
* Cultural Night Show - USD60 (RM220)
* Bosphorus Cruise - USD60 (RM220)

Sikit sebenarnya tukar RM1500 :') Kena tukar lebih lagi. Hahaha, tapi sebab itu saja yang sempat kumpul. So, paijen pilih yang penting saja. Macam belon panas tu of course lah kena naik. Sia-sia lah tak naik kan. Night show tu tak join, masa nak balik tu ada pilihan untuk naik Bhosporus Cruise, so on saja walaupun macam naik Cruise tasik Putrajaya, bezanya kita dekat Turki :>
Total untuk tiket masuk: USD260 (RM1055)

Tinggallah baki duit yang tak seberapa tu singgah Grand Bazaar Istanbul. Rambang mata gila, nasib baik dalam masa beberapa hari tu tak beli banyak sangat sebab all include. Memang tunggu nak spent dekat Grand Bazaar ni dan duit pun cukup-cukup lah dapat beli sourvenir dekat family, kawan-kawan, bakal family mertua. Makanan paling best dekat Turki, Turkish Delight + Baklava. Rindu!!

Total pergi Turki by travel agent per person with self-expenses: RM5681.00 

Nak lagi sedap, bawa ribu riban lagi sikit untuk perbelanjaan. Last minit plan memang ini je mampu. So, for the next trip, I preferred to stay in Istanbul only.

For those nak itinerari pasal Turki yang telahpun disediakan oleh Poto Travel, boleh email saya,
nadiafaizeen94@gmail.com.

Here some picture of mine. Nak tengok tempat tu lawa ke tidak, boleh Google saja.


Malaysia - Turkey


Safely arrived. Ist-Atartuk Airport


Green Mosque, Bursa 


HieraPolis (The Cotton Castle), Pamukkale


Mevlana Museum, Konya


Sultanhani Caravanserai


Goreme National Park, Cappadocia


 Kaymakli Underground City


Ozler Art Centre, Underground City


Salt Lake, Tuzgolu Saglik Urunleri


Sultanahmet Camii

Blue Mosque


Grand Bazaar Istanbul


Bhosporus Cruise







No comments:

PitaPata Cat tickers