Friday, February 9, 2018

Debar.

Assalamualaikum,



Tinggal beberapa hari lagi sebelum status ini bertukar menjadi Puan. Berbagai persoalan bermain di fikiran tatkala hari yang dinantikan semakin hampir menyapa. 

Darah gemuruh paijen agak teruk. Misalnya, kalau ada interview. Debaran akan terasa seminggu sebelum dan pada hari kejadian, paijen akan sakit (demam dan sebagainya). Itu baru interview. Kali ni adalah interview yang akan terikat selama seumur hidup. Cuma SEKALI. Minta Allah permudahkan.

Selain itu juga, pelbagai persediaan telah dilakukan supaya perjalanan majlis teratur dan tidak kelam-kabut. INSHAALLAH.

Semoga dipermudahkan!

No comments:

PitaPata Cat tickers