Friday, February 9, 2018

Debar.

Assalamualaikum,



Tinggal beberapa hari lagi sebelum status ini bertukar menjadi Puan. Berbagai persoalan bermain di fikiran tatkala hari yang dinantikan semakin hampir menyapa. 

Darah gemuruh paijen agak teruk. Misalnya, kalau ada interview. Debaran akan terasa seminggu sebelum dan pada hari kejadian, paijen akan sakit (demam dan sebagainya). Itu baru interview. Kali ni adalah interview yang akan terikat selama seumur hidup. Cuma SEKALI. Minta Allah permudahkan.

Selain itu juga, pelbagai persediaan telah dilakukan supaya perjalanan majlis teratur dan tidak kelam-kabut. INSHAALLAH.

Semoga dipermudahkan!

Friday, February 2, 2018

14 days to go

Assalamualaikum,

2/2/2018

Just another 2 weeks before Ms will turn to Mrs. Finally, after all things prepared. 
Kalau nak cakap tentang perasaan. Yes, sekarang paijen merasai apa yang setiap bakal pengantin akan rasa. Satu hari kau yang belum berkahwin pasti akan merasa. Itu yang pasti. Entah kenapa pelbagai persepsi timbul dalam diri ini saat akhir kebahagiaan itu akan tiba. Bisikan syaitan itu pasti ada. Tapi acapkali, jika memandang gambar dia, perasaan itu langsung hilang. Dia yang telah dipilih untuk menjadi pendamping hingga akhir hayat insyaAllah. Semoga Allah permudahkan, tiada lebih untuk meminta selain perjalanan majlis tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.

Debarnya rasa hati ini.



Wednesday, September 27, 2017

#NadiaSarungCincin

Assalamualaikum

Macam best sangat tajuk kali ini. Siap ada hashtag!

Dari bulan Mac, tiba-tiba tergerak hati bercakap pasal merisik. Tapi Dz kata, tunggu bulan 5, tak tahu lah kenapa kan. Paijen sebagai perempuan yang berfikiran jauh, mulalah fikir, dia ni ada orang lain ke kang tetiba bulan 5 pass kad kahwin hahaha. So tunggu punya tunggu, ingat nak buat biasa-biasa sajalah, panggil keluarga terdekat dan cuma keluarga dia saja.


    So, the date of our official engagement decided on 23rd September. 


Rezeki bulan 7 dapat panggilan interview SPA untuk jawatan Setiausaha tapi tarikhnya 25 September. Kira 2 hari selepas sarung cincin. Lagi lah berharap semoga ini rezeki kahwin. Memang kena sangatlah jawatan tu dengan apa yang dipelajari masa dekat Politeknik dulu.
Alhamdulillah.

September yang ditunggu pun tiba. Seminggu sebelum sarung cincin Dz cakap taknak datang. Konon macam tak perlu datanglah. Okay kita percaya saja benda tu. Kang nanti tup-tup ada depan mata. 

So, pada hari kejadian tu, majlis jadi lewat sikit. Katanya keluarga dia nak sampai pagi, tiba-tiba jadi tengahari sampai nak ke petang tak sampai lagi. Haha, takkan sesat kot. Masa tu macam fikir dia tak ikut kan, kita pun bagi lah siap-siap location rumah kat bakal ibu mertua.
Family paijen semua dah macam, "tak jadi mai kot". 
Dz pun tak reply message. Hati dah fikir macam-macam.
Tiba-tiba dia call, dah sampai. Terus je berdebar teruk! Sebab bukan selalu jumpa keluarga dia.
So, paklang yang urus berkaitan hal nikah-kahwin, hantaran semua. Dibantu oleh pak ndak, makndak, tok dan mama. 

Masa awal perbincangan tu, paijen dalam bilik. Macam-macam rasa ada. Lepas semua dah habis bincang, baru paijen dipanggil keluar.
So, nampaklah ada ibu, ayah, adik, kakak sulung dia dan suami. Dia pun ada jugak. Kan dah cakap :'/

So, here some pictures taken on that day. Thank you to mama, kakak, abg ipar, all family members and my cousin for made it success!

Tada! Someone's belonging

Menggigil teruk masa ni. First time :>


Orang kuat majlis


Keluarga Dz


Two family united!

Alhamdulillah, semua lancar.

Terima kasih Allah.


Friday, May 12, 2017

Travel Turkey 2017

Assalamualaikum & Hi,

Disebabkan ramai sangat tanya how much money I expend during travel in Turkey, so harini saya akan share one by one. 

1. TARGET
- You need to know your target and budget for this trip. Macam paijen, wishlist 2017 nak travel dengan mama before kawin. Turki is a last minutes decision. Tapi memang menjadi tempat kedua yang saya nak pergi. Bulan 2 baru decide and book, awal bulan 5 dah gerak. 

2. KUMPUL DUIT
- Yang ni ramai tanya macam mana nak kumpul duit. Asyik memboros je. Haha, paijen juga seorang pemboros. Tapi, percayalah bila kita dah ada no. 1 tu, kita akan rasa better beli keperluan dari keinginan. Ikutkan hati macam-macam nak beli! Paijen memang ada simpanan sendiri. Tapi, boleh kata tiap-tiap bulan tu kena ada target juga apa yang nak beli. Before pergi Turki, telefon bermasalah pula. Jadi, paijen simpan duit untuk beli Iphone. Nak pergi sana, kamera takde. So mesti nak gambar cantik. Dapat Iphone dan teruskan kumpul duit lagi. Tiap bulan bagi RM900/RM1000 kat mama. Takut terguna. Nak travel punya pasal. 

3. TRAVEL AGENT
- Saya pilih Poto Travel Sdn. Bhd. sebab marketing di website nampak sangat menarik. Penggunaan gambar, dengan harga (*for me its very reasonable and affordable) buat kita rasa macam tak sabar nak pergi holiday! Then, paijen selalu lah tengok website Poto Travel ni, apa yang menarik dan negara mana yang dilawati. Tup, nampak Turki, Early Bird discounts untuk travel bulan 5. Apa lagi. Masa tu harganya RM4899.00. Bagi paijen, berbaloi sebab lawat banyak tempat dalam tempoh 10H 8M, seperti: (Istanbul-Bursa-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Bolu) Serius talk, travel guider dia sangat best dan semua tempat tinggal yang kami duduk tu 4-5 star. Tapi totally macam 5 star. Bilik berdua pun macam 7-8 orang boleh duduk. Dan disebabkan paijen book early bird dan masa tu tengah promo Matta Fair, dapat discount sampai RM4099.00 seorang. Sangat berbaloi. Harga ni belum termasuk insurans okay. Tapi insurans kena tambah dalam RM82.00 sahaja seorang. The best thing is harga ni belum termasuk tiket etc dan perbelanjaan diri sendiri. (*menangis) So standby ribu riban sikit. Hehe.


4. EXPENSES
- Okay, paijen tukar RM1500 kepada USD. So, adalah dalam USD380.
* Belon panas Cappadocia - USD200 (RM835)
* Cultural Night Show - USD60 (RM220)
* Bosphorus Cruise - USD60 (RM220)

Sikit sebenarnya tukar RM1500 :') Kena tukar lebih lagi. Hahaha, tapi sebab itu saja yang sempat kumpul. So, paijen pilih yang penting saja. Macam belon panas tu of course lah kena naik. Sia-sia lah tak naik kan. Night show tu tak join, masa nak balik tu ada pilihan untuk naik Bhosporus Cruise, so on saja walaupun macam naik Cruise tasik Putrajaya, bezanya kita dekat Turki :>
Total untuk tiket masuk: USD260 (RM1055)

Tinggallah baki duit yang tak seberapa tu singgah Grand Bazaar Istanbul. Rambang mata gila, nasib baik dalam masa beberapa hari tu tak beli banyak sangat sebab all include. Memang tunggu nak spent dekat Grand Bazaar ni dan duit pun cukup-cukup lah dapat beli sourvenir dekat family, kawan-kawan, bakal family mertua. Makanan paling best dekat Turki, Turkish Delight + Baklava. Rindu!!

Total pergi Turki by travel agent per person with self-expenses: RM5681.00 

Nak lagi sedap, bawa ribu riban lagi sikit untuk perbelanjaan. Last minit plan memang ini je mampu. So, for the next trip, I preferred to stay in Istanbul only.

For those nak itinerari pasal Turki yang telahpun disediakan oleh Poto Travel, boleh email saya,
nadiafaizeen94@gmail.com.

Here some picture of mine. Nak tengok tempat tu lawa ke tidak, boleh Google saja.


Malaysia - Turkey


Safely arrived. Ist-Atartuk Airport


Green Mosque, Bursa 


HieraPolis (The Cotton Castle), Pamukkale


Mevlana Museum, Konya


Sultanhani Caravanserai


Goreme National Park, Cappadocia


 Kaymakli Underground City


Ozler Art Centre, Underground City


Salt Lake, Tuzgolu Saglik Urunleri


Sultanahmet Camii

Blue Mosque


Grand Bazaar Istanbul


Bhosporus Cruise







Tuesday, February 7, 2017

PENGENALAN

Hi,

To be confirmed, sebenarnya paijen dah lama dalam dunia blog. Past 3 years, paijen stop kejap untuk uruskan beberapa perkara. *walaupun hakikatnya saja bawa diri. 

Paijen mula berblogging ikut trend zaman sekolah tahun 2010. Masa tu budak hingusan lagi.
FYI, almost every single thing in my life, I shared in this till I got opportunity to continue study. And my diary keep going on until one part in my life. I need to stop all this thing and being silent.

So all the post I draft in box in case I miss it. Harini paijen nak story pengenalan diri.
Let's go through.




MYSELF first. Dilahirkan di Kedah, dan dibesarkan di Pulau Pinang. Mula bersekolah di SK Padang Menora (2001 - 2006), masuk sekolah menengah di SMK Permatang Pasir (2007-Pertengahan bulan 8 2008), pindah Seri Kembangan. Then, sekolah di SMK Seri Serdang, Selangor (4 bulan), dan at last baru sekolah di SMK Putrajaya Presint 9(2) (2009-2011). Hidup berpindah-randah awalnya dulu sementara mama dapat kuarters Putrajaya. Habis je sekolah, dapat tawaran masuk form 6. Sekejap, dalam 2 bulan. Sedih sebab tak dapat U. Memang taknak buat rayuan. *Actually I gave fully hope on University for 1st intake. Then, dapat peluang masuk Politeknik Port Dickson dalam bidang Kesetiausahaan. Bila dapat surat tu, rasa macam wow sangat. Nak kata minat dalam setiausaha tu, pernah juga masa zaman kekanak, main *pejabat-pejabat. Pegang telefon, pegang fail, buat-buat jumpa boss. Tu perkara biasa dah sememangnya pernah buat dulu dengan kawan & sepupu. Pengaruh tv kuat betul masa zaman darjah lagi. Tapi bila masuk je belajar, rasa macam.. Masuk kelas, konon fokus then keluar kelas. Terus terfikir, 'Apa benda yang aku belajar tadi?' Paijen dah pernah kongsi teori belajar tak berapa efektif. *I'll repost when I free

Now sedang bekerja sebagai Setiausaha Pejabat/ PA yang setia di Putrajaya.

Rasanya itulah serba sedikit berkenaan paijen. Kalau nak suruh describe tentang seorang Nadia Faizeen, memang hanya orang benar rapat sahaja tahu. Kalau first impression, atau baru jumpa dua tiga kali then nak claim dah kenal, cuols memang salah erti. Hihihi.




Small family.

I have a mother. And a sister. Nothing much.
Kakak dah kawin dan ada seorang puteri bernama 
'Puteri Rose Sofea'. 
.
.
.
.
.

My family is my priority, my privacy. For sometimes. 


 See you on the next story.



Tuesday, December 14, 2010

NEW LIFE


Assalamualaikum :)

Hi 2018, I am here with the same date used to Hi everyone that time in 2010. And for now, to starts a new life. I will just post anything I want, and share whatever I like. And this blog supposed to be my second diary of my LIFE.

Please Welcome ~

For those who are first time in my area. 

You can call my nickname, Paijen. Or else my real name, Nadia or Faizeen. Or anything that brings a good meaning. 

Here, my one and only social media's.

ig:  @nadiafaizeen
fb: Pencinta Kucing (Nadia Faizeen) 

See you on next post. 





PitaPata Cat tickers